Tuesday, April 28, 2009

SMK Puchong

ELEMEN 2

NAMA :

TAJUK : SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

PUCHONG

NO. KAD PENGENALAN :

TINGKATAN :

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG

NAMA GURU :

MS 1

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1

Penghargaan


2

Objektif Kajian


3

Kaedah Kajian


4

Hasil Kajian

Sejarah Sek.Men. Keb. Puchong

- Pembukaan sekolah

- Perkembangan sekolah

- Senarai pengetua dan guru

Perkembangan Sek.Men. Keb. Puchong

- Lencana

- Bendera

- Lagu

- Ikrar

- Falsafah

- Misi Cogankata

Kejayaan SMK Puchong

- KoKurikulum


5

Rumusan


6

Lampiran

Gambar, peta, dokumen, keratan akhbar dan lain-lain.


7

Rujukan




PENGHARGAAN

Kerja Kursus Sejarah Tingkatan Dua adalah salah satu projek yang amat mencabar bagi diri saya, Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.
Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa tercinta yang sentiasa memberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah saya iaitu ............................................ kerana tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau mustahil dapat saya melengkapkan dan menjayakan kajian ini .


Tidak lupa juga kepada ibu bapa, ahli keluarga dan rakan-rakan saya seperjuangan yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Sekian. Terima Kasih




OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut:
(A) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat

membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.
(B) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang perkembangan sekolah dan peristiwa penting yang

berlaku di sekolah.
(C) Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran KBSM Tingkatan 2 dan

Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).
(D) Kajian ini juga dapat memupuk rasa bangga, cinta dan menghargai sekolah






AEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:
(A) Temu bual-

Saya mengumpul maklumat tentang sejarah perkembangan SMK Puchong dengan guru dan bekas pelajar. Menggunakan

borang soal selidik dan juga bantuan guru

(B) Penyelidikan perpustakaan

Saya telah meminjam beberapa Majalah TEGUH berkaitan SMK Puchong.

(C) Pemerhatian

Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai. Dan memerhatikan kawasan persekitaran untuk dinilai dan dicatat ke

dalam kerja kursus

(D) Penyelidikan

- Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat kajian

Rujukan menggunakan buku rujukan sejarah dan juga majalah sekolah untuk dijadikan rujukan bagi

menyempurnakan kerja kursus





HASIL KAJIAN



SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH PUCHONG




Sejarah sekolah bermula pada 6 Januari 1975 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Puchong. Namun begitu bangunan SMR Puchong belum siap sepenuhnya. Oleh itu semua pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Tamil Killing Hall buat sementara waktu. Apabila bangunan SMR Puchong yang sebenarnya siap, para pelajar berpindah semula ke sekolah yang baru. Pengetua yang pertama ialah En. Sarhadat bin Baharuddin dan Guru Penolong Kanannya ialah En. Chan Swee Seng. Pada masa itu jumlah bilik darjahnya ialah 7 buah. Sementara bilangan pelajar ialah seramai 242 orang. Tenaga pengajarnya ialah 5 orang.



Di awal tahun 1979, Pengetua sekolah ini telah bertukar ke Sek. Men. Taman Keramat dan tempatnya dipangku oleh En. Chan Swee Seng sehingga akhir tahun. Pada 1 Januari 1980, En. Baharum bin Mattan telah ditugaskan di SMR Puchong ini sebagai pengetua yang baru. Beliau dibantu oleh En. Saharuddin bin Hj. Darwis selaku Penolong Kanan. Pada tahun ini jugasebuah bangunan tambahan yang mengandungi 8 bilik darjah dan 3 buah makmal sains tulen telah siap dibina dan digunakan.

Atas inisiatif Tuan Pengetua, di awal tahun 1980 dengan rasminya nama sekolah telah ditukar daripada Sekolah Menengah Rendah Puchong kepada Sekolah Menengah Puchong. Dengan pertukaran nama ini, tulisan SMR pada lencana juga diubah kepada SMP dan kekal sehingga hari ini.



Pada Oktober 1977, kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. Jumlahnya ialah 94 orang. Dengan ini pada tahun berikutnya sebuah kelas Tingkatan 4 Sastera telah dimulakan. Namun begitu, beberapa orang pelajar yang terpilih dalam aliran sains telah berpindah ke Sekolah Menengah Petaling.



Pada November 1979, seramai 44 orang pelajar telah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia buat kali pertama. Seterusnya kelas-kelas Tingkatan 4 bertambah termasuk kelas aliran sains. Pada tahun yang sama juga mata pelajaran perdagangan tingkatan satu dimulakan di sekolah ini. Memandangkan bilangan pelajar yang semakin meningkat, Pihak Kementerian Pendidikan telah memberi peruntukan untuk membina bangunan baru. Bangunan tersebut siap pada Mac 1983. Walau bagaimanapun hanya pada tahun 1985, bangunan tersebut baru dapat digunakan.



Pada 31 Januari 1988, En. Baharum bin Mattan telah bertukar ke Sekolah Menengah Raja Mahdi, Kelang dan tempatnya dipangku oleh En. Hasran bin Rafie selama 3 bulan. Pada 1 April 1988, pengetua baru iaitu Tuan Haji Zainal Abidin bin Mokhtar telah ditempatkan di sekolah ini. Beliau bertugas sehingga 16 Oktober 1992.



Seterusnya pada 16 Oktober 1992, En. Ishak bin Talaha telah mengambil alih tugas sebagai Pengetua dan Guru Peenolong Kanan disandang oleh Cik Khoo Guat Khim. Sekolah Menengah Puchong dinaikkan taraf menjadi sekolah kategori A. Sejajar dengan itu berlaku perubahan dalam struktur organisasi sekolah dengan penambahan jawatan Penolong Kanan Hal-Ehwal Pelajar yang disandang oleh Puan Hajah Suriati binti Ismail. Sekolah ini juga mempunyai empat orang Ketua Bidang yang menerajui Bidang Bahasa, Sains, Kemanusiaan serta Teknik dan Vokasional.



Sebuah dataran sekolah beharga RM20,000 dibina berhampiran Bangunan Blok D. Tujuan dataran ini ialah untuk memudahkan pelajar berhimpun dan menjalankan berbagai aktiviti termasuk permainan. Sebuah bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1997 dan digunakan sepenuhnya pada 1998. Bangunan ini ialah bangunan Blok E. Pada tahun 2000 sebuah surau didirikan oleh pihak PIBG sekolah hasil kutipan derma dari pelajar dan orang ramai serta pihak kerajaan, Surau ini dianggarkan berharga RM100,000.



Dari segi pembangunan keceriaan sekolah, sekolah ini mempunyai 5 Blok iaitu Bnagunan Blok A, Blok B, Blok C, Blok D dan Blok E. Sekolah ini mengalami perubahan keceriaan yang membanggakan sejak akhir-akhir ini. Di bawah kendalian Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu En. Ahmad Badri bin Mardi (1996-1998), beberapa taman dibina. Antaranya ialah Taman Esempi Utama, Taman Esempi Perdana, Taman Sains dan Pentas Dataran Sekolah.



Pada tahun 1997, Encik Ishak Talaha bersara dan beliau diganti oleh Puan Che Manis yang bertugas selama 5 bulan sahaja. Pada tahun 1998, En. Markandan Ratnam telah dilantik menjadi Pengetua. Pada tahun 1999, Cik Khoo Guat Kim selaku Penolong Kanan 1 telah bersara dan diganti oleh Cik Chew Yoke Joon sehingga sekarang. Pada tahun 2000, Encik Markandan bersara, beliau diganti oleh Pn. Hong Yin Wah sehingga sekarang. Di bawah pentadbiran Pn. Hong Yin Wah, banyak perubahan telah berlaku di sekolah.



Pada tahun 2000, pelbagai perkembangan telah djalankan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah:

Kelas komputer yang bermula pada 28 Februari 2000

Kelas tambahan yang meliputi kesemua mata pelajaran yang berlangsung selama sejam

Pondok keselamatan bagi mengawal pergerakan pelajar dan orang ramai di kawasan sekolah.

Bangunan surau bagi memudahkan guru-guru dan pelajar bersembahyang

Pagar tembok yang diperbuat daripada batu-bata.



Pada tahun 2001, sebuah makmal komputer dibina berhampiran bangunan Blok E. Tujuannya supaya pelajar dapat mempelajari komputer bersesuaian dengan perkembangan teknologi (IT) maklumat di seluruh dunia. Pada tahun 2002, bangunan sekolah telah dicat semula untuk menambah keceriaan dan kecantikan persekitaran sekolah.

Pada tahun Febuari 2004, telah bertukar menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta. Tempat beliau diganti oleh Puan Loh Mei Ling sehingga bulan Mei 2004. Walaupun jangka masa pentadbiran Puan Loh Mei Ling pendek, belau sempat membina tempat letak kereta berbumbung untuk para pentadbir pihak sekolah. Pada bulan Jun 2004, Puan Nor Hiakmah telah menjadi Pengetua yang baru di sekolah ini sehingga sekarang. Beberapa perubahan dan penambahbaikan bangunan terutama keceriaan dilakukan oleh beliau.


Pada tahun 2008, pembinaan bangunan baru iaitu Blok F dimulakan khusus untuk pelajar Tingkatan 6 yang mula ditawarkan di sekolah ini mulai tahun 2005. Blok tiga tingkat ini mengandungi makmal, bilik kelas dan dataran kosong untuk pelbagai aktiviti pelajar.



PERKEMBANGAN SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH

Gambar













Lencana sekolah merupakan sebuah perisai berlatarbelakangkan warna biru dan kuning serta bertulis dengan cogankata `ILMU PANDUAN HIDUP’ Bahagian bawahnya tertera nama sekolah `SEKOLAH MENENGAH PUCHONG’ lambing-lambang dalam lencana sekolah mempunyai maksud yang tersendiri

Warna Biru : Melambangkan kejayaan dalam bidang pelajaran

Warna kuning : Melambangkan agama Islam sebagai agama

(bintang/bulan) rasmi negara

Dua belah tangan : Melambangkan pendidikan yang diterima dan direstui Tuhan

Cogankata `ILMU : Bermakna oarng yang berilmu akan dapat menjalani kehidupan bahagia

PANDUAN HIDUP




BENDERA SEKOLAH

















Bendera sekolah merupakan mercu tanda Sekolah Menengah Puchong. Bendera ini terdiri daripada jalur kuning dan biru serta berlambang lencana sekolah. Jalur Kuning dan Biru yang sama besar melambangkan matlamat pendidikan adalah untuk memupuk keseimbangan antara ilmu, rohani dan Jasmani. Bendera ini berukuran 90 sentimeter dan 170 sentimeter.



LAGU SEKOLAH


LMU PANDUAN HIDUP


Sekolahku yang tercinta

Bakti suci jasa mulia

Mendidik dan membimbing putera puteri bangsa

SMKP maju jaya

Giat berusaha sentiasa

Teguh tekad murni cita

Untuk kejayaan masa depan kita

Menjadi rakyat berguna

Ilmu tuntut bersama

Panduan hidup jaya

Kuat azam dan cita

Bersendi rukun negara

Kami berikrar sehati

Jasa guru disanjungi

Semangat harmoni perpaduan suci

Membina displin diri



Ciptaan : En. Ramlan Haron

SMP 1981



IKRAR PELAJAR DAN SEKOLAH


Bahawanya saya …Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong berikrar akan:

Menumpukan segala usaha untuk

Mencapai kecemerlangan berlandaskan

Prinsip-prinsip Rukun Negara

Mematuhi peraturan-peraturan

Sekolah serta mencintai sekolah

Dengan sepenuh hati

Menghormati dan memberi

Kerjasama kepada guru-guru

Dan rakan-rakan


IKRAR PENGAWAS

IKRAR PENGAWAS PUSAT SUMBER

IKRAR KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG


Bahawasanya saya …berikrar dan berjanji akan menjalankan tugas sebagai seorang … mengikut peraturan-peraturan sekolah dengan penuh tanggungjawab dan taat setia kepada guru serta menghormati sesama rakan.




FALSAFAH SEKOLAH


Berusaha memberi pendidikan bermutu yang dapat melahirkan tenaga rakyat berilmu, berkemahiran dan berdisplin untuk memenuhi keperluan negara

Berusaha memupuk semangat kerjasama untuk menuju ke arah perpaduan dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum.

Berusaha meningkatkan pencapaian prestasi akademik dan bukan akademik supaya dapat melahirkan pemimpin masyarakat masa depan yang bersih, cekap dan amanah.



MISI SEKOLAH

Mendidik pelajar ke arah kecemerlangan akademik, akhlak dan ko-kurikulum.

Mewujudkan budaya kerja yang sihat, ceria, harmoni, ikhlas, dedikasi dan amanah.



VISI SEKOLAH

Melahirkan insane cemerlang yang berilmu dan berakhlak mulia, patuh kepada agama, bersatu padu dan berbakti kepada negara.



COGANKATA SEKOLAH

ILMU PANDUAN HIDUP



SENARAI PENGETUA

BIL

NAMA PENGETUA

TEMPOH

1

En. Sarhadat bin Baharuddin

(1975 – 1979)

2

En. Baharum bin Mattan

(1980 – 1988)

3

Tuan Haji Zainal Abidin bin Mokhtar

(1988 – 1992)

4

En. Ishak bin Talaha

(1992 – 1997)

5

Pn. Che Manis

(1997 – 1998)

6

En. Markandan Ratnam

(1998 – 1999)

7

Pn. Hong Yin Wah

(2000 - 2004 )

8

Pn. Loh Mei Ling

Feb 2004 – Mei 2004

9

Pn Noor Hiakmah bt. Hamid

Mei 2004 - sekarang



SENARAIKAN NAMA GURU SESI PAGI DAN PETANG


1


3


2


4




























PERISTIWA DAN KEJAYAAN SMKP


SMK Puchong mempunyai sejarah yang cemerlang dalam bidang Ko-Kurikulum di mana pelajar-pelajar sekolah ini pernah memenangi beberapa hadiah utama di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Terdapat beberapa persatuan beruniform, antara PBSM, Kadet Remaja, Pengakap dan Puteri Islam. Di samping itu terdapat beberapa persatuan akademik dan bukan akedemik.


Senaraikan nama persatuan















Di bidang sukan, kedudukan SMK Puchong amat disegani, misalnya menjadi Johan kejohanan Olahraga 10 kali berturut-turut mulai tahun 1996 – 2006. Setiap tahun beberapa pelajar sekolah ini terpilih mewakili daerah dan ada di antara mereka terpilih mewakili Selangor dalam Kejohanan MSS Malaysia. Pasukan bolasepak misalnya pernah menjadi Johan pada tahun 1989 dan tahun 1998 di peringkat Daerah Petaling. Tidak ketingkalan juga pasukan hoki yang pernah menjadi johan dan kuasa terkuat di daerah Petaling pada hujung tahun 70-an dan awal 80-an. Begitu juga pasukan bola jaring pernah menungguli dan kuasa yang disegani di daerah Petaling pada tahun 80-an. Terdapat juga permainan lain seperti bola baling, badminton, boling padang dan bola tampar tetapi pencapaian seerhana sahaja.

Tambah mana yang patut



RUMUSAN


Kerja Kursus yang ditulis ini adalah berkaitan dengan sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong. Ianya mengandungi latar belakang kawasan yang dikaji dan bagaimana asal usal usulnya. Di dalam catatan ini juga saya menceritakan bagaimana SMKP dibina dan perkembangan yang berlaku selepasnya seperti opembangunan fizikal sekolah, perkembangan staf, perkembangan pelajar meliputi akademik dan ko-kurikulum, peristiwa dan kejayaan sekolah dan sebagainya. Walaupun kerja kursus ini tidak begitu lengkap tetapi ia sedikit sebanyak telah dapat mengetengahkan sejarah sekolah ini. Saya juga merasa berbangga menjadi seorang warga SMKP selepas mengkaji sejarah sekolah.



RUJUKAN


Majalah
Majalah TEGUH Edisi 1, 1996, halaman 10 dan 11

Majalah Teguh dari tahun 1997 – tahun 2008

Orang sumber

Puan Agnes Clarencia De Cruz, Ketua Bidang Teknik, SMK Puchong

Encik Zoolkafli bin Mohd Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Puchong

Internet

Kerja Kursus Sejarah

http://smkpuchong-smkpuchong.blogspot.com/


VCD/DVD

VCD SMK Puchong

No comments:

Post a Comment